Sejarah pelaksanaan Menu Rahmah

Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.[3][4] Walau bagaimanapun, tiada peraturan khas dalam menghalang sesiapa untuk memperoleh Menu Rahmah, dan secara amnya tersedia kepada setiap lapisan masyarakat.[5]

Inisiatif pada mulanya dilakukan di restoran bawah kelolaan persatuan-persatuan restoran kerjasama, di samping kedai serbaneka utama, Mydin. Seiring masa, Menu Rahmah dijadualkan untuk diperluaskan kepada golongan masyarakat lain, termasuk para mahasiswa dan orang bukan Islam;[6][7] secara am, sesiapa sahaja boleh menjual Menu Rahmah selagi menepati syarat harga dan keseimbangan nutrisi.[8]